Antara aktiviti yang dilksanakan setiap unit ialah
Kelab Bahasa : Kuis Peribahasa
Kelab kesenian islam: tulisan khat
Kelab STEM: polar sifir dua digit
Doktor muda: pengenalan doktor muda
Robotik: jenis dan sifat bahan
Alhamdulillah murid semangat menghadiri perjumpaan mingguan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan ibubapa/ penjaga yang sentiasa menyokong usaha pihak sekolah dalam mengembangkan bakat dan potensi diri anak-anak.
1 Jun 2020 – SRIIM menghantar wakil bagi acara perseorangan lelaki dan perempuan serta bergu lelaki dan perempuan. Pertandingan bertempat di Kuantan Synergy Badminton Club, Sungai Isap, Kuantan.
Peserta yang terpilih mewakili SRIIM ialah;
1) Muhammad akid alif shah bin shahrul zaman ( Single lelaki)
2) Muhammad adam irfan bin Mohamad nor syamsul (double lelaki)
3) Muhammad al-fayyadh bin nor badli
(double lelaki)
4) Alya danisha binti azmi (double perempuan)
5) puteri insyirah farisha binti sabaitullah
(double perempuan)
6) Iris addrianna dania binti Mohamad hafez
(single perempuan)
Tahniah dan Syabas diucapkan.
Terima kasih kepada pengurus pasukan Ustaz Fakhrur Radzee dan ibu bapa / penjaga atas kerjasama dan sokongan yang diberikan.
27 Mei 2022 bersamaan hari Jumaat , telah diadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota program ini bermula pada jam 9 pagi di kawasan taman perumahan Indera Mahkota 1 ,program ini melibatkan semua murid dari tahun 1 sehingga tahun 6, mengikut tahap kecuali murid-murid yang mendapat pengecualian.
Diharap program latihan ini dapat memberi impak positif kepada murid untuk persiapan pada hari kejohanan nanti.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.
Rabu : 25 Mei 2022 – Majlis ihtifal KAFA Daerah Kuantan 2022. Alhamdulillah SRIIM berpeluang menghantar 10 orang peserta bagi 10 acara yang di pertandingkan.
1. Tilawah Al-Quran
L – Ahmad Naufal bin Azmeer Izwan
P – Amni Sumayyah binti Shah Khairul Faizul
2. Hafazan Al-Quran
L – Asyraf Firdaus bin Mohd Syukri
P – ‘Iffah Mawaddah binti Nazhan Afeef
3. Bercerita Kisah Nabi
L – Danial Qashaf bin Abdul Mu’izz
P – Nur As’Sufi Auni binti Ahmad Yusnizam
4. Khat
L – Muhammad Al-Amin bin Mohd Hamzah
P – Damia Umayrah binti Mohd Sukri
5. Khutbah Jumaat
– Uwais Al Qarni bin Mohd Saidi Bahri
6. Azan
– Asyraf Yusuf
Alhamdulillah dan Tahniah kepada semua pemenang. SRIIM menang dalam kategori;
Hafazan Lelaki Tempat Kedua
Hafazan Perempuan Ketiga
Bercerita (L/P) Tempat Ketiga
Tahniah juga kepada semua peserta kerana layak menerima sijil penyertaan Peringkat Daerah Kuantan.
Jutaan Terima Kasih kepada guru pembimbing (cikgu Anis dan ustaz nazrul) serta ibu bapa yang memberi kerjasama dalam membantu menyerlah Potensi Diri Murid SRIIM.