2022 hingga sekarang

By , 6 April, 2022 12:01 pm

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana
dengan keizinanNya dan limpah kurniaNya saya diberi kesempatan untuk
menyampaikan sepatah dua kata di dalam laman web Sekolah Rendah Islam Indera
Mahkota, Kuantan. Di kesempatan ini bagi pihak barisan pendidik, kakitangan
serta para murid ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua
pengunjung yang sudi melayari laman web sekolah ini. Semoga portal ini
dimanfaatkan oleh semua pihak dan 
bersama-sama dapat mempertingkatkan kemajuan dan kecemerlangan sekolah
dalam arus pendidikan perdana di negara ini.

Oleh yang demikian, saya sangat berharap semoga barisan
pendidik di sekolah ini akan mempertingkat kegigihan dan bakti mulia untuk
sentiasa menjana kecemerlangan sekolah ini ke mercu yang lebih gemilang. Saya
sentiasa menaruh keyakinan bahawa barisan pendidik di sekolah ini berkemampuan
menaburkan bakti untuk memperkasa lagi sekolah ini.

Di samping itu, saya juga berharap semoga murid-murid dapat
mempertingkat ketekunan dalam usaha menimba ilmu, terutama untuk mencapai
kecemerlangan dalam peperiksaan. Sesungguhnya, ilmu dan pengetahuan akan
menjadi obor yang sangat berguna dalam hidup sepanjang zaman.

Akhir kata, terima kasih kepada semua pihak yang telah
menyumbangkan fikiran dan tenaga dalam usaha menjayakan laman web ini. Semoga
laman ini dapat meningkatkan mutu pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran
di SRIIM. Insyaallah.

SHALMISYAM BINTI SHAHUDDIN

Guru Besar

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, Kuantan

Comments are closed

Panorama Theme by Themocracy