2019 hingga sekarang

By , 22 March, 2019 11:28 am

ust senu 1

 

 

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan keizinanNya dan limpah kurniaNya saya diberi kesempatan untuk menyampaikan sepatah dua kata di dalam portal web Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, Kuantan Pahang.

Sebagai memulakan bicara, izinkan saya untuk  merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga SRIIM kerana telah berjaya melaksanakan tugas dan amanah bagi memacu  kecemerlangan pendidikan di sekolah kita dengan penuh dedikasi  dan rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan.

Saya percaya dengan usaha yang gigih, berterusan dan istiqamah daripada semua pihak dalam memanfaatkan laman ini dapat meningkatkan bukan sahaja dari segi pengurusan dan pentadbiran sekolah malah dapat juga meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran di kalangan murid-murid sekolah ini.

Saya berharap jawatankuasa laman web dapat menggunakan laman ini untuk menyebar dan memaklumkan kegiatan atau program yang dirancang atau yang telah dijalankan serta pencapaian unit masing-masing.

Kepada pengunjung yang sudi melayari laman ini, terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih semoga maklumat dan maklum balas tuan/puan dapat meningkatkan pengurusan laman ini. Diharap dengan adanya laman ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim pelbagai pihak.

Semoga laman ini dapat meningkatkan mutu pengurusan serta pengajaran dan pembelajaran di SRIIM. Insyaallah.

“KECMERLANGAN SEKOLAH KITA TANGGUNGJAWAB KITA”

Semoga allah menerima kerja kita sebagai suatu ibadah”. Sekian , terima kasih . Wassalam.

KHOSENULHAN BIN AB RAHMAN

Guru Besar,

Sek. Ren. Islam Indera Mahkota,

Kuantan Pahang.

 

Leave a Reply

Panorama Theme by Themocracy