2018 hingga Sekarang

By , 16 October, 2018 1:24 pm

mudir konfem

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat saya mengutus sepatah dua kata dalam ruangan ini.

Sekalung ucapan tahniah dan syabas saya ucapkan kepada pihak sekolah, terutamanya barisan jawatankuasa Laman Web Sekolah atas kerjasama dan komitmen bagi menghidupkan semula portal ini dengan memuatkan kandungan dan informasi-informasi yang menarik dan bermanfaat. Portal ini merupakan manifestasi bahawa pihak sekolah sentiasa komited dalam menguruskan dunia pendidikan seiring zaman globalisasi dan maklumat hujung jari yang semakin rancak berkembang.

Akhir kata, saya menaruh harapan yang tinggi agar portal ini mampu dimanfaatkan oleh warga sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat dan pihak-pihak berkepentingan, sebagai medium komunikasi yang pantas dan berkesan dalam menyebar luas maklumat. Semoga kita mampu untuk melangkah bersama-sama bagi merealisasikan aspirasi Transformasi Pendidikan Negara melalui pelaksanaan PPPM 2013-2025, SRIIM juga turut  merealisasikan dan melaksanakan pendekatan PAK 21, PBS pembentukan sahsiah murid dengan menerapkan 16 nilai dan sembilan karektor.

“SELAMAT MELAYARI WEBSITE KAMI”

Sekian, terima kasih.

HAJI YAZIT BIN KECHIK A.M.P

Guru Besar,

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, Kuantan.

Leave a Reply

Panorama Theme by Themocracy