Tapak Baru

By , 17 June, 2009 11:57 am

 Ahli Jawatan Kuasa Pengelola dan Pembangunan Sekolah ini sedang berusaha untuk membangunkan sebuah kompleks yang serba lengkap bagi kesinambungan kepada SERI sekarang.

plansisi

Kompleks tersebut dicadangkan akan didirikan di atas tanah Lot 104176 Mukim Kuala Kuantan, Daerah Kuantan, Negeri Pahang Darul Makmur. Tanah seluas 4.002 ekar (16,195 m²) bertempat di Jalan Kompleks Tun Abdul Razak, Bandar Indera Mahkota, Kuantan.

planatas

Kos keseluruhan pembangunan kompleks ini yang mengandungi sekolah rendah, sekolah menengah, asrama pelajar, surau, kantin dan dewan dianggarkan berjumlah RM13.5 juta. Oleh kerana kos yang begitu besar, AJK Pembangunan SERI bercadang untuk membangunkannya mengikut fasa.

Fasa pertama :-

  • Blok Pentadbiran setinggi 3 tingkat yang mempunyai kemudahan bilik guru, pejabat pentadbiran dan bilik mesyuarat.
  • Kantin 1 tingkat yang mengandungi kemudahan ruang makan dan ruang memasak.
  • Blok Akademik setinggi 4 tingkat mempunyai kemudahan bilik darjah, pusat sumber dan makmal.
  • Sebuah Surau.

Kos untuk pembangunan fasa pertama ini dianggarkan berjumlah RM3.5 juta. Sehubungan itu AJK Pembangunan SERI amat berbesar hati sekiranya YH Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik dapat memberi sumbangan dan khidmat bakti demi menjayakan hasrat ini.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Setiausaha AJK Pembangunan SERI iaitu Pn Shalmisyam Shahuddin :

  • Tel : 09-573 3182
  • Email: sha@sri-inderamahkota.edu.my

Dari kami Ahli Pemegang Amanah.

Comments are closed

Panorama Theme by Themocracy