Dari Meja Guru Besar

By , 17 June, 2009 5:24 am

ustashari

 

Assalamualaikum wrt. wbt.

Dalam kesempatan yang terluang ini, terlebih dahulu saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak-pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam merealisasikan penubuhan Laman Web Sekolah ini.

Selaras dengan hasrat kerajaan untuk memperkayakan rakyat Malaysia dengan ilmu IT, Sek. Ren. Islam Indera Mahkota Kuantan menyahut cabaran ini lalu terzahirlah sebuah laman web yang memang dinanti-nantikan oleh setiap warga sekolah. Seluruh warga sekolah harus berbangga dengan produk yang lahir atas usaha kita bersama.

Dalam bebanan tugas yang semakin mencabar, para pendidik juga perlu kreatif, inovatif dan proaktif agar dapat juga diterapkan kepada semua anak didiknya. Sek. Ren. Islam Indera Mahkota Kuantan telah membuktikannya dengan kecemerlangan baik dari segi akademik mahupun agama sebagaimana yang dicapai pada hari ini.

Atas daya inilah tujuan utama laman web ini menjadi kenyataan. Ibubapa diberi kemudahan secara langsung untuk mengetahui visi dan misi sekolah yang boleh didapati dengan hanya satu ‘klik’ di hujung jari. Kemudahan di hujung jari ini juga bagi memudahkan para pelawat yang mengunjung ke laman web ini untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Sek. Ren. Islam Indera Mahkota Kuantan dan pencapaiannya.

Manfaatkanlah ilmu yang ada di sekeliling kita. Arus perubahan dan pemodenan haruslah kita terokai bersama agar kita tidak ketinggalan dalam anjakan paradigma ini. Semoga segala keringat yang tumpah menjanjikan satu harapan baru dalam usaha membawa Sek. Ren. Islam Indera Mahkota Kuantan ke arah yang lebih cemerlang dengan prestasi yang mengagumkan, Insya Allah.

“SELAMAT MELAYARI WEBSITE KAMI”

Sekian, terima kasih.

 

HAJI ASAARI B. HAJI YATIM AMP,PKC,PKT

Guru Besar,

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, Kuantan.

15 November 2008

Comments are closed

Panorama Theme by Themocracy