Majlis Hari Guru dan Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah .

By , 24 May, 2022 1:25 am

Pada 20 Mei 2022, Jumaat : Sekitar Majlis & bersempena Sambutan Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah seiring Sambutan Hari Guru yang diadakan telah diadakan .Tahniah buat semua guru-guru SRIIM atas penganjuran program gabungan yang sangat meriah ini. Bertemakan “Satu hari dihari Raya”, guru-guru dan murid-murid menggayakan pakaian hari raya yang sangat cantik menggambarkan suasana hari raya di desa. Terima kasih semua AJK program sekolah yang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar dengan kemeriahan luar biasa setelah 2 tahun tidak dapat menyambutnya. Terima kasih juga kepada ibu bapa/ penjaga serta anak-anak SRIIM yang menyokong, memberi galakan, hadiah , doa serta juga membantu anak – anak SRIIM dalam meraikan Sambutan Hari Raya & Hari Guru di peringkat Sekolah.Selaras dengan tema hari guru 2022, diharapkan SRIIM terus cemerlang menjadi TUNJANG kepada kemenjadian murid dan sentiasa menjadi sekolah yang terus diingati oleh murid-murid. Terima Kasih Cikgu!!!Kami Warga SRIIM Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Hari Guru kepada semua Warga Pendidik SRIIM dan Seluruh Malaysia.

Leave a Reply

Panorama Theme by Themocracy