Program Agihan Bubur Lambuk Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota.

By , 24 May, 2022 12:14 am

Pada 28 April 2022 bersamaan 26 Ramadhan 1443H, warga SRIIM telah mengadakan aktiviti memasak bubur lambuk sempena Bulan Ramadhan yang mana kos pembiayaan bahan mentah dan peralatan sumbangan oleh ibu bapa / penjaga SRIIM. Aktiviti memasak bubur lambuk merupakan aktiviti anjuran jawatankuasa program sekolah, unit kokurikulum bertujuan bagi mengeratkan lagi hubungan silatur rahim serta memupuk semangat bekerjasama dikalangan seluruh warga SRIIM dan agensi luar yang ada di sekitar. Aktiviti ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan penyediaan bahan masakan, manakala ahli jawatankuasa turut menyediakan peralatan serta tempat memasak. Usahasama tenaga staf disumbang secara giliran bagi memastikan murid-murid dapat meneruskan pembelajaran. Setelah bubur dimasak, aktiviti pembungkusan dilaksanakan secara gotong- royong oleh AJK yang berkelapangan. Bubur lambuk kemudian diagihkan kepada semua murid, guru, agensi luar seperti Masjid, perpustakaan desa, sekolah kemas, KRT, pihak ABIM, SALWA, WADAH yang hadir bermula pada pukul 12.00 tengahari hingga 1.00 petang. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang, jawatankuasa kerja dan semua yang terlibat.

#Didikasuhsayang #UnitKOKURIKULUMSRIIM #JawatankuasaProgramSekolah #IhyaRamadhan

Leave a Reply

Panorama Theme by Themocracy