Sesi Persekolahan Secara PDPR selepas cuti raya Aidilfitri

By , 27 April, 2021 8:00 am


Antaranya adalah mengenai cuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri serta sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) selepas cuti perayaan nanti.

Seperti yang kita sedia maklum, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada hari Selasa, 11 Mei 2021. KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi Kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam Kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021.

Oleh yang demikian, sekolah Kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala sekolah Kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.

Dalam konteks pelaksanaan PdP pula, KPM mengambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama dua minggu selepas cuti perayaan.

Ini adalah bagi mengurangkan risiko jangkitan yang mungkin berlaku di luar sekolah semasa musim perayaan dan bakal meningkatkan jangkitan di institusi pendidikan di bawah KPM. – Dr Radzi Jidin

Leave a Reply

Panorama Theme by Themocracy