Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2019

By , 23 January, 2019 3:38 pm

Isnin 21 Januari 2019 – Telah diadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah SRIIM sesi 2019.

Majlis ini diadakan sebagai tanda bermulanya pengawas sekolah sesi 2019 menjalankan tugas secara rasmi. Majlis ini juga dilihat mampu memberi sokongan dan semangat kepada pengawas dalam menjalankan amanah yang ditugaskan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar Ust Khosenulhan Bin Ab Rahman. Sesi penyerahan watikah pelantikan pengawas telah disampaikan oleh Guru Besar diiringi oleh Guru Penolong Kanan HEM. Selesai upacara penyerahan watikah, bacaan ikrar telah diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah baharu iaitu Muhammad Adib Qusyairi bin Mohd Zamri.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar yang terlibat kerana usaha gigih mereka dalam menjayakan majlis ini. Harapan kami agar barisan pengawas sesi 2019 mampu melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.
#didikasuhsayang

Leave a Reply

Panorama Theme by Themocracy