TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA, KUANTAN SESI 2017

By , 11 November, 2016 10:12 am

SERI ABIM KTN 03/11/2007 bil. (60 )
Tarikh : 18 Oktober 2016 / 17 Muharram 1438 H

Kepada;

SEPERTI LAMPIRAN

Tuan / Puan,

TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA, KUANTAN SESI 2017

Didoakan agar tuan / puan berada dalam kemanisan iman dan mendapat keberkataan dari Allah s.w.t.

2. Sukacita dimaklumkan permohonan masuk anak tuan / puan ke sekolah ini diluluskan.

3. Sehubungan itu, tuan/puan diminta agar dapat memberi maklum balas mengenai perkara tersebut dengan mengembalikan lampiran surat berkembar / email / sms/ whatsapps 012 9001060 pada atau sebelum 2 November 2016.

4. Justeru itu, Majlis Pendaftaran Murid-murid Baru Tahun 2017 akan di adakan pada tarikh dan masa seperti yang dinyatakan berikut:

Tarikh : 26 Disember 2016 / 26 Rabiulawal 1438 H
Hari : Isnin
Masa : 08.30 pagi – 12.00 Tengahari
Tempat : Dewan Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota,
Kuantan

5. Bersama-sama ini disertakan senarai keperluan.

a) Yuran Sekolah / Pelbagai / Buku
b) Senarai Harga Pakaian Seragam
( Boleh dibeli di sekolah pada hari pendaftaran )

6. Sehubungan itu, pakaian seragam sekolah bagi prasekolah boleh didapati melalui guru pra, pada hari pendaftaran.

7. Kehadiran dan kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan diucapkan JazakaAllah Khairan Khatira.

Sekian, terima kasih

Disahkan oleh,

(HJ.ASAARI@KAMALUDDIN B. YATIM AMP, PKC, PKT)
Guru Besar,
Sek. Ren. Islam Indera Mahkota,
Kuantan Pahang.

S.k. Pengerusi Biro Pendidikan ABIM Pahang

————————————————————————————————————————

………………………………….
………………………………….
………………………………….

Guru Besar,
Sek. Ren. Islam Indera Mahkota,
Kuantan Pahang.

Tuan,

TAWARAN KEMASUKAN KE SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA, KUANTAN SESI 2017

Saya…………………………………………………………………………………………ibu/bapa/penjaga kepada
………………………………………………………………………. murid tahun :…………………………….. 2017.
dengan ini *menerima / tidak menerima tawaran kemasukan ke Sekolah Rendah Islam Indera
Mahkota, Kuantan Pahang.

Sekian, Terima kasih.

Yang Benar,

(                                                               )

*Potong mana yang berkenaan

Leave a Reply

Panorama Theme by Themocracy