PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT

By , 23 May, 2022 11:55 pm

Alhamdulillah, berikut adalah gambar sekitar perjalanan dalam program jom baca bersama 10 minit pada 21 april 2022 jam 11.00 hingga 11.10 pagi . Syabas dan tahniah kepada semua murid-murid dari pra sekolah hingga tahun 6 yang sama-sama terilbat didalam program ini. Turut terlibat sama adalah warga perpustakaan desa indera mahkota kuantan.”BANGKIT,BACA & BERSYUKUR”

#didikasuhsayang #SRIIM membaca2022 #PahangMembaca

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Anjuran Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

By , 23 May, 2022 11:50 pm

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Pahang. Tahniah kepada 10 orang ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SRIIM kerana berpeluang menyertai majlis ini secara dalam talian. Terima kasih guru-guru penasihat PPIM SRIIM atas usaha murni ini.

#TadarusAlQuranPPIMSRIIM #unitkokurikulumsriim #menyerlahpotensi

SALAM NUZUL AL-QURAN 1443H

By , 23 May, 2022 11:44 pm

Al-Quran merupakan mukjizat teragung yang dikurniakan kepada Rasulullah SAW sebagai pedoman dan panduan umat manusia.Al-Quran bukan hanya diturunkan sebagai sebuah kitab, tetapi ia adalah kalamullah yang menjadi peringatan kepada kita agar sentiasa membaca, mentadabbur, memahami serta mengamalkan isi kandungannya.Semoga Allah SWT menerima segala amalan kita dengan perbanyakkan membaca al-Quran.

#didikasuhsayang #SRIIM #nuzulquran2022

WATIKAH PELANTIKAN PEMIMPIN MUDA 2022/2023

By , 23 May, 2022 11:39 pm

Alhamdulillah ,telah berjaya dilaksanakan majlis watikah pelantikan peminmpin muda Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota yang terdiri daripada pengawas sekolah,pengawas pusat sumber,pengawas spbt,pengawas kedai sekolah dan juga pengawas sukan.Majlis telah dirasmikan oleh pegawai perhubungan sekolah koperal Puan.Anis Suryani binti Shamsudin dan koperal Puan.Nurul Huda binti Ismail.Syabas dan tahniah kepada semua yang telah dilantik, semoga dapat membantu dan menjadi tulang belakang sekolah serta menjadi contoh yang baik kepada murid yang lain.”memimpin melalui tauladan”

#pemimpinmuda 2022 #didikasuhsayang #unithemsriim

Majlis Perasmian Penutupan Program Transisi Tahun 1 dan Pra sekolah 2022.

By , 23 May, 2022 11:29 pm

Majlis Perasmian Penutupan Program Transisi Tahun 1 dan Pra sekolah 2022.

  • Tarikh : 15 April 2022
  • Hari : Jumaat
  • Masa : 9.00 pagi
  • Tempat : Teduhan Ilmu

Dengan berakhirnya Majlis Perasmian Penutupan Program Transisi Tahun 1 dan Prasekolah ini, maka bermulah dunia realiti pembelajaran anak-anak tahun 1 dan prasekolah di Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan Hafazan Surah² Lazim dan persembahan Bercerita daripada murid kelas 1 Ibnu Sina dan 1 Ibnu Rusyd.Alhamdulillah, program transisi yang berlangsung selama 4 minggu ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga dua fasa program transisi yang telah berlangsung ini memberikan penyesuaian dan penyediaan yang baik untuk murid lebih bersedia untuk langkah yang seterusnya.Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.

#PTTS #prasekolahSRIIM #keArahKecemerlanganDuniaDanUkhrawi #UnitKurikulum #BerbaktuUntukKecemerlangan+13


Panorama Theme by Themocracy