PERMOHONAN KEMASUKAN MURID PRASEKOLAH (5 & 6 TAHUN), TAHUN 1 DAN MURID BAHARU BAGI SESI 2022 TELAH DIBUKA.

By , 24 May, 2021 6:00 pm

Pendaftaran murid Prasekolah, Tahun 1 dan murid baharu ambilan tahun 2022 boleh dilakukan bermula Mei 2021.

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan dibawah:

https://forms.gle/MVs8Wvr1xKLTRYsc7


Sebarang pertanyaan boleh hubungi di talian :
09 5733182 – Pejabat Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota
014 5376063 – Ustaz Muhammad Huzaifah (GPK Hal Ehwal Murid)

Salam Lebaran 2021

By , 12 May, 2021 8:00 pm

Tersusun rapi sepuluh jari,
Bunga melur si bunga melati;
Ucapan dihantar pengganti diri,
Mohon maaf setulus hati.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada: Unit Kurikulum SRIIM 2021

Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi;
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

Semoga Allah menerima amal kita semua,Semoga sepanjang tahun kita berada dalam kebaikan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Daripada: Unit Hal Ehwal Murid SRIIM 2021

Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyala di tepi perigi;
Ucapan dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita.
Namun lambaian Syawal pula menanti di sana.

Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Daripada: Unit Kokurikulum SRIIM 2021

Panorama Theme by Themocracy