Lawatan Libat Urus Yayasan Takmir Pendidikan

By , 1 May, 2019 12:29 pm

20hb Februari 2019– Lawatan Libat Urus Yayasan Takmir Pendidikan yang dipengerusikan Yang Berbahagia Dato’ Hadzir Md Zain, Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Takmir Pendidikan telah berlangsung di bilik seminar b-18 tingkat 1, lorong im 8/33, Bandar indera mahkota bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang. Turut hadir dalam program ini wakil YTP negeri Pahang, Abim Pahang, SRIIM, Taski Jengka dan Taski Ar-rayan, Kuantan. Dalam pertemuan ini banyak maklumat dapat dikongsi serta cadangan penambahbaikan dalam pendidikan dibincangkan.

>Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

52410478_2687853971255417_5199287499284807680_n 52481002_2687854124588735_3065918608468082688_n

Kejohanan Catur Zon Perdana MSSD Kuantan

By , 1 May, 2019 12:20 pm

21hb Februari 2019– Kejohanan Catur Zon Perdana MSSD Kuantan tamat pada hari ini. Alhamdulillah 6 orang wakil SRIIM daripada 12 orang wakil berjaya ke peringkat daerah. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat. Terima kasih ustaz Syafiq Nazri atas usaha ini. Semoga terus maju jaya.

Kejohanan catur Zon perdana, MSSD Kuantan

By , 1 May, 2019 12:11 pm

20hb February 2019– Kejohanan catur Zon perdana, MSSD Kuantan berlangsung di SK Indera Mahkota selama 2 hari. SRIIM menghantar 12 orang wakil catur dalam kejohanan kali ini. Doakan anak-anak ini beroleh kejayaan cemerlang. Terima kasih ustaz Syafiq Nazri (jurulatih catur SRIIM) atas usaha ini.

Latihan catur untuk pertandingan catur zon perdana, MSSD

By , 1 May, 2019 12:00 pm

19hb Februari 2019- Latihan catur untuk pertandingan catur zon perdana, MSSD pada hari esok dan latihan badminton untuk ihtifal sukan kebangsaan di Ipoh, Perak nanti. Semoga beroleh kejayaan. Terima kasih kepada semua guru penasihat dan ibu bapa/penjaga atas usaha ini.

Kejohanan Badminton MSSD Kuantan

By , 1 May, 2019 11:50 am

13hb Februari 2019– Kejohanan Badminton MSSD Kuantan berlangsung pada hari ini hingga jumaat. Alhamdulillah SRIIM menghantar peserta perseorangan lelaki dan bergu perempuan bawah 12 tahun. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. Terima kasih doktor Shaiful Husaine Ahmadsebagai jurulatih, ustaz Syafiq Nazri dan cikgu Atiqah Mahamud yang membantu menguruskan peserta badminton.

Panorama Theme by Themocracy