Program Simulasi Haji Dan Umrah
18/9/2015- Program Simulasi Haji Dan Umrah disempurnakan dengan jayanya oleh Al Fadil Ustaz Zulmukhsah Bin Abdul Mubin untuk peserta Pasca Upsr SERI 2015. semoga ilmu yang diberi dapat dimanfaatkan. Insyaallah..
Klik>> Untuk melihat lebih banyak gambar
Lawatan Sambil Belajar Tahun 1 & 2
10/9/2015- Lawatan Sambil Belajar Tahun 1 & 2 ke Sungai Lembing. Tempat yang dilawati ialah Perpustakaan Awam Desa yang di ketuai oleh En Zulkipli (ketua perpustakaan pahang) dan Muzium Sungai Lembing yang diketuai oleh puan Rubiah. Antara aktiviti yang disediakan ialah mewarna, puppet show, jig saw puzzle, dam gergasi dan melawat kawasan perlombongan.
Klik >> Untuk melihat lebih banyak gambar
Rehat Minda Calon UPSR 2015
6/9/2015- Taman Bandar, Indera Mahkota, Kuantan.
Berlangsungnya program Rehat Minda untuk calon-calon UPSR SERI 2015. Terima kasih kepada calon-calon dan ibu bapa kerana memberi sokongan padu.. semoga mereka beroleh kejayaan dunia dan akhirat.. Amin…
# rasa bahagia lihat anak2 gembira
Sambutan Bulan Kemerdekaan Prasekolah
Ogos 2015 - Alhamdulillah program minggu merdeka berakhir dengan jayanya.. aktiviti kemuncak iaitu perarakan dan pertunjukan fesyen merdeka prasekolah SERI 2015..jutaan Terima kasih diucapkan kepada semua ibu bapa dan guru-guru kerana memberi kerjasama dan sokongan padu.. rasa bahagia melihat anak-anak gembira…
# inilah anak merdeka
# sehati sejiwa
# Islam terjaga