PERATUS KELULUSAN SPRA 2014

By , 26 November, 2014 1:46 pm

lulus spra

PERATUS KELULUSAN UPSR 2014

By , 26 November, 2014 1:45 pm

kelulusan upsr

Program Sembelihan

By , 18 November, 2014 11:53 am

Sembelihan merupakan suatu perkara yang amat dituntut oleh agama Islam. Dan ia amat penting dilaksanakan kerana seharian sumber kekenyangan perut adalah daripada haiwan yang sebelum itu wajib disembelih mengikut syariat Islam sebelum ia boleh dimakan. Jesteru melihatkan kepentingan ini yang harusnya diwarisi oleh oleh potensi generasi muda, sempena minggu Penghayatan Islam satu program sembelihan akan diadakan sebagai peersediaan kepada pelajar tahun 6 yang akan mula memasuki alam remaja disamping beberapa objektif yang telah direncanakan.

Program tersebut dijalankan pada

18 NOVEMBER 2014 (SELASA) jam  8.30 AM-3.00 PM, anjuran dan kerjasama

UNIT PENDIDIKAN ISLAM  I  IBU BAPA 6IH. Program yang menyasarkan 38 orang pelajar ini adalah terdiri daripada pelajar tahun 6 dan tahun 5 adalah berobjektif untuk :

  • Mengajak peserta menghayati keindahan dan kesucian islam melalui syariat penyembelihan binatang.
  • Membentuk hubungan dan kerjasama antara ibu bapa, pelajar dengan pihak sekolah.
  • Meningkatkan keyakinandiri serta dakwah bil hikmah agar lebih berkeyakinan dalam membuat sesutu perkara terutama yang berkaitan kepentingan menjaga syariat Islam.
  • Membina dan menyedarkan potensi diri pelajar agar tidak gentar mendepani cabaran hidup sebagai seorang yang yang lebih terampil, berkarisma dan berketokohan sebagai mukmin sejati.

photo_2014-11-18_10-36-40 photo_2014-11-18_10-36-57

 Klik untuk melihat lebih banyak gambar

Majlis Ihtifal Dan Anugerah Kecemerlangan Akademik 2014

By , 18 November, 2014 10:35 am

Hari Anugerah Kecemerlang Akademik & Sahsiah kali ke 21 merupakan agenda tahunan Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, Kuantan iaitu bagi menghargai murid-murid yang cemerlang dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum. Kecemerlangan murid mencerminkan perkembangan serta kemajuan sekolah, dalam melahirkan modal insan dan seterusnya membuktikan sekolah  adalah sebagai satu institusi  pendidikan yang berwibawa. Di samping itu, Hari Anugerah Kecemerlang Akademik & Sahsiah juga adalah sebagai medium untuk mengeratkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat. Program tersebut telah diadakan pada:

Tarikh    :         16.11.2014 /  23 Muharram 1436H

Hari        :         Ahad

Masa      :         8.00 pagi- 12.00 tengahari

Tempat   :         Dewan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia

 

Klik untuk melihat lebih banyak gambar

 

6 8

Panorama Theme by Themocracy