JEMPUTAN KE PROGRAM YAUMUL MAKHRAJAN KALI KE-3 TAHUN 2012

By , 22 June, 2012 10:55 am

Kepada:

Ibu bapa/Penjaga

Murid-murid Tahun 1 – 6

Murid-murid Pra 5 & 6 tahun,

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota

Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE PROGRAM YAUMUL MAKHRAJAN KALI KE-3 TAHUN 2012

Didoakan semoga tuan/puan berada di dalam kemanisan iman dan keberkatan Allah S.W.T.

2.     Perkara di atas dirujuk, sukacita dimaklumkan, Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota Kuantan akan mengadakan program Yaumul Makhrajan kali ke-2 pada tahun 2012. Program tersebut dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang melibatkan guru-guru, murid-murid sekolah, ibu bapa dan orang awam  seperti makluman berikut:

Tempat      :  Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota Kuantan, Pahang

Tarikh        :  23 Jun 2012 / 03  Syaaban 1433H (Sabtu)

Masa                   :  8.30pagi

Aktiviti      :  Pertandingan mewarna Pra Sekolah, Pameran dari Sekolah dan Agensi Luar, Gerai Jualan, Pemeriksaan Kesihatan, Kempen Derma Darah dan Permainan Sukaneka.

3.     Sehubungan itu, kami dengan berbesar hati menjemput tuan/puan dan keluarga untuk hadir ke program tersebut bagi memeriahkannya.

Segala perhatian, kerjasama dan sokongan tuan/puan amatlah dihargai dan diucapkan Jazaka Allah Khairan Kathira. Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

t/t

(HJ. ASAARI B. YATIM AMP, PKC, PKT)

Guru Besar,

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, Kuantan.

HARI TAUTAN KASIH ( PELAPORAN UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2012)

By , 15 June, 2012 11:47 am

IBU BAPA / PENJAGA

Sekolah Rendah Islam

Indera Mahkota, Kuantan.

Tuan / Puan,

HARI TAUTAN KASIH (PELAPORAN UJIAN PERTENGAHAN TAHUN 2012)

Didoakan  agar tuan / puan berada dalam kemanisan iman dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

2.         Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke sekolah untuk menandatangani Pelaporan Ujian Pertengahan Tahun  untuk PraSekolah, tahun 1 hingga tahun 6 dan berbincang mengenai prestasi anak tuan/puan di sekolah ini seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :           15 June 2012 (Jumaat)

Masa               :           10.30 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat           ;           Bilik Kelas

3.         Ibu Bapa / Penjaga dibenarkan membawa membawa pulang anak masing-masing apabila selesai menandatangani laporan anak tuan/puan.

4.         Keputusan Pertengahan Tahun juga boleh dilihat di laman web rasmi sekolah www.sri-inderamahkota.edu.my

5.         Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga makluman ini mendapat perhatian dan kerjasama  dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih

Disahkan oleh,

t/t

(HJ.ASAARI B. YATIM AMP, PKC, PKT)

Guru Besar,

Sek. Ren. Islam Indera Mahkota,

Kuantan Pahang.

Panorama Theme by Themocracy