HARI TAUTAN KASIH (PELAPORAN UJIAN 1/2012)

By , 22 March, 2012 4:32 pm

IBU BAPA / PENJAGA

Sekolah Rendah Islam

Indera Mahkota, Kuantan.

Tuan / Puan,

HARI TAUTAN KASIH (PELAPORAN UJIAN 1/2012)

Didoakan  agar tuan / puan berada dalam kemanisan iman dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

2.         Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke sekolah untuk menandatangani Pelaporan Ujian 1 untuk tahun 1 hingga tahun 6 dan berbincang mengenai prestasi anak tuan/puan di sekolah ini seperti ketetapan berikut:

Tarikh            :           23 Mac 2012 (Jumaat)

Masa               :           10.30 pagi – 12.00 tengah hari

Tempat           ;           Bilik Kelas

3.         Ibu Bapa / Penjaga dibenarkan membawa membawa pulang anak masing-masing apabila selesai menandatangani laporan anak tuan/puan.

4.         Keputusan Ujian 1 juga boleh dilihat di laman web rasmi sekolah www.sri-inderamahkota.edu.my

5.         Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga makluman ini mendapat perhatian dan kerjasama  dari pihak tuan.

Sekian, terima kasih

Disahkan oleh,

(HJ.ASAARI B. YATIM AMP, PKC, PKT)

Guru Besar,

Sek. Ren. Islam Indera Mahkota,

Kuantan Pahang.

Panorama Theme by Themocracy