JEMPUTAN MAJLIS IHTIFAL DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH KALI KE 18 TAHUN 2011 SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA KUANTAN

By , 11 November, 2011 9:48 am

Ibu Bapa / Penjaga

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota,

Kuantan, Pahang

Tuan,

JEMPUTAN MAJLIS IHTIFAL  DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH KALI KE 18 TAHUN 2011  SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA KUANTAN

Didoakan agar tuan berada dalam kemanisan iman dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

2.         Merujuk perkara diatas sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah bersetuju mengadakan Majlis Ihtifal Akademik Dan Anugerah Kecemerlangan Kali Ke 18 Tahun 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh       :           13 hb November 2011 / 17 Zulhijjah 1432 H

Masa        :           8.00 Pagi hingga 12.30 Tengah hari

Tempat     :           Dewan Besar Pahang Skill Development Centre ( PSDC ) Kuantan

Kampus PSDC, Taman Perindustrian Semambu,

25350 Kuantan Pahang.

3.         Sehubungan itu, tuan/puan dan keluarga dijemput hadir pada majlis tersebut. Bersama ini disertakan lampiran borang jawapan kehadiran dan aturcara majlis. Pihak sekolah amat berbesar hati kiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan serta dapat mengembalikan lampiran jawapan kepada Setiausaha Majlis Ihtifal ( u.p Pn. Nurul Syafiqah binti Mohd. Johari ) pada atau sebelum 4hb November 2011 ( Jumaat ).

4.         Kerjasama dan sumbangan dari pihak tuan/puan dalam menjayakan majlis ini amat dihargai dan diucapkan Jazakaallah Khairan Kathira.

Sekian, Terima Kasih.

Saya yang benar,

(HAJI ASAARI@KAMALUDDIN BIN YATIM AMP.PKC.PKT)

Guru Besar,

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota,

Kuantan.

KEPUTUSAN PKSR 4/2011 & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PRA SEKOLAH 2011

By , 8 November, 2011 2:01 pm

>> Klik untuk melihat keputusan PKSR 4/ 2011 dan  akhir tahun prasekolah 2011.

HARI TAUTAN KASIH (PELAPORAN PKSR 4/2011 & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PRA SEKOLAH)

By , 4 November, 2011 8:43 am

IBU BAPA / PENJAGA

Sekolah Rendah Islam

Indera Mahkota, Kuantan.

Tuan / Puan,

HARI TAUTAN KASIH (PELAPORAN PKSR 4/2011 & PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PRA SEKOLAH)

Didoakan  agar tuan / puan berada dalam kemanisan iman dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

2.         Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke sekolah untuk menandatangani Pelaporan PKSR 4/2011  dan Peperiksaan Akhir Tahun 2011 Pra sekolah dan berbincang mengenai prestasi anak tuan/puan di sekolah ini seperti ketetapan berikut:

Tarikh             :           4 November  2011 ( Jumaat )

Masa               :           10.30  Pagi

Tempat           ;           Bilik Kelas

3.         Ibu Bapa / Penjaga dibenarkan membawa membawa pulang anak masing-masing apabila selesai menandatangani laporan anak tuan/puan.

4..        Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga makluman ini mendapat perhatian dan kerjasama  dari pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih

Disahkan oleh,

(HJ.ASAARI B. YATIM AMP, PKC, PKT)

Guru Besar,

Sek. Ren. Islam Indera Mahkota,

Kuantan Pahang.

Panorama Theme by Themocracy