Salam Aidilfitri

By , 25 August, 2011 10:48 am

Warga Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, Kuantan mengucapkan selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin..

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR JAMAIE DAN SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1432 H

By , 18 August, 2011 9:08 am

Semua Ibu Bapa / Penjaga

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota,

Kuantan Pahang

Tuan ,

JEMPUTAN KE MAJLIS IFTAR JAMAIE DAN SOLAT HAJAT PERDANA SEMPENA RAMADHAN AL-MUBARAK 1432 H

Didoakan semoga tuan dan keluarga berada dalam hidayah Allah s.w.t serta dalam sihat dan sejahtera.

2.         Merujuk perkara diatas sukacita dimaklumkan pihak sekolah akan mengadakan Majlis Iftar Jamaie dan Solat Hajat Perdana sempena ramadhan yang melibatkan ahli WADAH, ABIM, IKATAN, BAKA, guru-guru serta semua ibu bapa/ penjaga murid sekolah ini. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan bersama-sama mendoakan kejayaan bagi murid-murid yang akan menghadapi peperiksaan UPSR, SPRA dan lain-lain. Majlis ini akan di adakan  pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh       :           19 hb Ogos 2011 / 19 Ramadhan 1432H (Jumaat)

Masa        :           6.00 petang =Kehadiran tetamu dan ibu bapa

6.15 petang =Tahlil Perdana

6.40 petang =Tazkirah

7.20 malam  =Iftar Jamaie

=Solat Maghrib

=Solat Hajat

=Solat Isya’

=Solat Tarawikh

=Bersurai

Tempat     :           Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota Kuantan

3.         Sehubungan itu bersempena dengan majlis ini pihak sekolah berhasrat untuk turut mengadakan Majlis Tahlil Perdana untuk warga SRI. Ibu bapa yang berminat untuk turut serta dalam majlis tahlil boleh menyenaraikan nama ahli keluarga masing-masing di dalam lampiran A.

4.         Kami yakin hasrat sekolah yang begitu murni hanya akan tercapai sekiranya pihak ibu bapa semua dapat memberikan sumbangan sama ada berupa kewangan, makanan dan sebagainya bagi menjayakan majlis tersebut. Semua sumbangan boleh disampaikan terus kepada pihak sekolah melalui Puan Suhaila binti Abdul Manap ( GPK HEM ) pada atau sebelum 15 Ogos 2011 dengan mengembalikan Lampiran A.

Di atas segala perhatian dan kerjasama yang diberikan diucapkan berbanyak terima kasih. Sekian.

Saya yang benar,

( HJ. ASAARI@KAMALUDDIN B. YATIM AMP.PKC. PKT )

Guru Besar,

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota,

Kuantan, Pahang.

Keputusan Percubaan UPSR 2011

By , 11 August, 2011 11:56 am

>> Klik untuk melihat keputusan percubaan UPSR 2011.

Bengkel Persiapan Menghadapi Peperiksaan UPSR 2011

By , 2 August, 2011 10:46 am

KUANTAN 01.08.2011 – Bengkel Persiapan Menghadapi Peperiksaan UPSR 2011 telah diadakan di  Pusat Pendidikan Islam PraSekolah Dan Tahfiz Arrahmah Jalan Haji Junid selama 3 hari 2 malam bermula 29 – 31 Julai 2011. Antara pengisiannya adalah ceramah tentang pendedahan teknik-teknik menjawap soalan yang disampaikan oleh guru-guru  pakar daerah Kuantan. Selain itu, slot kerohanian juga diterapkan seperti Qiamullai, soalat sunat, bacaan yassin dan juga tazkirah.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Panorama Theme by Themocracy