Sukaneka PraSekolah

By , 27 July, 2011 1:52 pm

KUANTAN  24.07.2011 РSukaneka Prasekolah telah diadakan di Pusat Rekreasi Pantai Balok, Kuantan Pahang bermula jam 9.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Seramai 62 orang murid prasekolah telah mengambil bahagian. Antara acara yang dipertandingkan selipar gergasi, bawa bola ping pong dalam sudu, catwalk, kumpul bola,  tarik bola guna gelung dan isi air dalam botol. Disamping itu, acara untuk ibu bapa, acara pegawai sukan, dan acara untuk murid-murid SRI juga dipertandingkan. Majlis ini disempurnakan oleh Ustaz Izalludin bin Mat Nor.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Minggu Bahasa Inggeris

By , 12 July, 2011 3:42 pm

KUANTAN 11.07.2011 – Persatuan Bahasa Inggeris telah berkerjasama dengan persatuan Pendidikan Seni sekolah mengadakan English Week and Artistic Program. Objektif program ini adalah bagi mencungkil bakat murid-murid dalam kesenian dan menggalakkan murid menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa antarabangsa . Antara pengisian program adalah Singing Competition, Spelling, mewarna, melukis dan gerai jualan.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Jadual Percubaan UPSR

By , 12 July, 2011 3:29 pm

Israk dan Mikraj

By , 11 July, 2011 4:40 pm

KUANTAN 29.07.2011 – Program Israk dan Mikraj peringkat sekolah telah diadakan di Dewan Tautan Kasih bermula jam 8.00 sehingga 1.00 petang. Antara pengisiannya ialah bacaan Al Mathurat, Bacaan Yassin dan ceramah Israk dan Mikraj yang disampaikan oleh Yang Berbahgia Ust Zulmuksah Abdul Mubin.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Hari Puteri Daerah Kuantan 2011

By , 11 July, 2011 3:02 pm

KUANTAN 25.06.2011 - Hari Puteri Daerah Kuantan 2011 telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Panglima Perang uantan bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Panorama Theme by Themocracy