Pekhemahan Sedia Berbakti

By , 27 June, 2011 11:36 am

KUANTAN 29.05.2011 - Persatuan Bridget Bakti Sekolah telah mengadakan Perkhemahan Sedia Berbakti bermula 27 hingga 29 Mei 2011 bertempat di Pusat Rekreasi Pantai Balok.  Objektif perkhemahan ini diadakan ialah untuk membina dan meningkatkan lagi semangat patriotisme dan kecintaan kepada negara, bangsa dan agama. Selaian memupuk sikap berdisiplin dan bertanggungjawab dalam diri ahli-ahli Bridget Bakti itu sendiri. Perkhemahan ini disertai oleh murid tahun 3, 4, 5 dan 6 termasuk bekas pelajar sekolah seramai 35 orang.  Perhkemahan ini telah dirasmikan oleh Pengerusi BAKA Tuan Haji Ahmad Najib Husain.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

PKSR 2/2011

By , 24 June, 2011 6:16 pm

>>Klik untuk melihat keputusan PKSR 2/2011

Kem Ijtima’ Puteri Islam

By , 15 June, 2011 3:18 pm

KUANTAN 29.05.2011 – Ahli Jawatankuasa Persatuan Pergerakan Puteri Islam Sekolah, telah mengadakan Kem Ijtima’ Puteri Cemerlang selama 3 hari 2 malam bertempat di sekolah. Matlamat dan rasional program ini adalah untuk merialisasikan murid supaya bersifat kepimpinan dan juga membuka ruang bagi menggerakkan bakat kepimpinan, bekerjasama, bertanggungjawab serta berakhlak mulia di kalangan ahli-ahli Puteri Islam sendiri. Antara pengisian program tersebut adalah kemahiran, keagamaan, sejarah dan juga bakat. Seramai 40 orang murid dari kalangan tahun 3,4,5 dan 6 menyertai program tersebut.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Panorama Theme by Themocracy