Minggu Bahasa Melayu

By , 20 April, 2011 1:55 pm

KUANTAN 11.04.2011 - Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan minggu Bahasa Melayu bermula 11.04.2011 hingga 15.04.2011. Antara aktiiti yang dijalankan adalah seperti berikut:

  1. Pertandingan gerai bahasa
  2. Pertandingan Lagu Patriotik
  3. Pertandingan Sajak
  4. Pertandingan Menulis Cerpen
  5. Pertandingan teka silang kata
  6. Pertandingan Bercerita
  7. Pertandingan Pidato/ Syarahan

Pertandingan telah dijalankan dengan jayanya. Majlis perasmian penutupan telah diadakan pada 18.04.2011 oleh Tuan Haji Asaari b Yatim.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Ceramah Keselamatan dan Mencegah Kebakaran

By , 13 April, 2011 3:16 pm

KUANTAN 13.04.2011 – Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota telah mengadakan Ceramah Keselamatan dan Mencegah Kebakaran di sekolah pada pukul 9.00 pagi bertempat di perkarangan sekolah. Murid-murid diberi latihan keselamatan untuk menyelamatkan diri semasa kebakaran berlaku. Murid-murid juga didedahkan dengan ceramah menjaga keselamatan dan menyaksikan sendiri pertunjukkan memadamkan kebakaran.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Creative With English

By , 12 April, 2011 12:49 pm

KUANTAN 11.04.2011 – Persatuan Bahasa Inggeris telah berkerjasama dengan Persatuan Pendidikan Seni sekolah untuk menjayakan program Creative With English selama 1 bulan bermula pada 4.4.2011 hingga 25.04.2011. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Reading Competition,  setiap hari Isnin dimana murid-murid diminta membaca artikel pendek diperhimpunan pagi  dan pertandingan keceriaan kantin sekolah yang mana murid-murid diminta menyediakan poster atau lebel di kantin sekolah. Program ini telah dirasmikan oleh Guru Besar Tuan Haji Asaari Yatim.

>>Klik untuk melihat lebih banyak gambar

Abakus

By , 12 April, 2011 11:19 am

KUANTAN 11.04.2011 – Guru mata pelajaran Matematik tahun 1 sesi 2011 telah memperkenalkan sistem pengunaan Abakus kepada murid-murid di peringkat sekolah rendah.  Sasaran program abakus dan aritmetik mental oleh kementerian pelajaran malaysia adalah bagi membolehkan murid sekolah rendah menguasai pengiraan secara mental. Model pengiraan abakus adalah asas kepada perkembangan pengiraan secara mental.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Perlantikan Pengawas Kedai Buku Sesi 2011

By , 11 April, 2011 4:28 pm

KUANTAN 11.04.2011 - Seramai 4 orang murid dari tahun 5 dan 4, telah dipilih untuk memegang jawatan sebagai pengawas kedai buku bagi sesi 2011. Perasmian perlantikan dirasmikan oleh Guru Besar Tuan Haji Asaari Yatim dan acara simboliknya,  Guru Besar telah menyarungkan tali leher kepada para pengawas kedai buku.

>> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Panorama Theme by Themocracy