Warna Warni Sukan Saringan

By , 16 February, 2011 3:00 pm

Sukan Saringan

By , 10 February, 2011 4:55 pm

Tarikh   : 10 Febuari 2011 (8.30 am – 1.00 pm)

Tempat : Padang MPK Indera Mahkota, Kuantan.

Untuk melihat banyak gambar sila Klik di sini.

MEMOHON SUMBANGAN KUIH-MUIH UNTUK JAMUAN SUKAN DWI TAHUNAN KALI KE-9 SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA

By , 7 February, 2011 4:05 pm

Ibu Bapa  / Penjaga

Tahun 1 – 6

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota

Assalamualaikum Wrt Wbt

Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN KUIH-MUIH UNTUK JAMUAN SUKAN DWI TAHUNAN KALI KE-9 SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA

Didoakan semoga tuan / puan berada dalam kesejahteraan dan kemanisan iman.

2.         Merujuk perkara diatas, adalah dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota akan menganjurkan Kejohanan Sukan Dwi Tahunan Kali Ke-9 2011 pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh             : 13 Februari 2011

Masa               : 8.00 pagi – 1.00 tengahari

Tempat           : Padang MPK Indera Mahkota

3.         Pihak Sekolah Menyediakan sedikit jamuan untuk ibu bapa pada hari sukan tersebut. Oleh itu, kami memohon jasa baik pihak tuan / puan untuk menyumbang sedikit kuih-muih untuk tujuan tersebut.

( Dibawa pada hari tersebut )

4.         Bersama ini dilampirkan jawapan sumbangan tersebut. Perhatian, sokongan dan kerjasama pihak tuan/puan dalam menjayakan temasya ini amat kami hargai dan didahului dengan ucapan Jazaka Allah Khaira Katsira.

Sekian, wassalam.

Saya yang benar,

(HAJI ASAARI BIN YATIM AMP.PKC.PKT)

Guru Besar,

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota,

Kuantan.

Panorama Theme by Themocracy