Kursus Orientasi KSSR Bahasa Malaysia

By , 28 January, 2011 2:07 pm

Kursus Orientasi KSSR Bahasa Inggeris

By , 27 January, 2011 5:28 pm

MAKLUMAN LATIHAN KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH

By , 17 January, 2011 4:14 pm

Kepada:

Ibu Bapa / Penjaga

Tahun 1 – 6,

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, Kuantan.

Assalamualaikum wrt.wbt

Tuan / Puan,

MAKLUMAN LATIHAN KEJOHANAN SUKAN SEKOLAH

Didoakan agar tuan dan puan berada dalam kemanisan iman dan mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

2.         Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota akan mengadakan Kejohanan Sukan Sekolah bagi sesi 2011 pada 13 Februari 2011 bertempat di Padang MPK Indera Mahkota, Kuantan. Latihan Sukan Sekolah 2011 akan bermula pada:

Tarikh :           17 Januari – 10 Februari 2011 ( Isnin – khamis )

Masa   :           8.30 pagi hingga 10.30 pagi

Pakaian:         Baju kokurikulum dan kasut sukan

Pelajar dikehendaki memakai pakaian dan kasut sukan semasa sesi latihan sahaja.

3.         Mohon kerjasama ibu bapa/ penjaga menyediakan pakaian seragam sekolah untuk sesi pembelajaran mengikut jadual bermula jam 11.00 pagi hingga 4.00 petang.

4.         Perhatian, kerjasama dan sokongan daripada pihak tuan/puan amatlah kami hargai dan diucapkan Jazaka Allah Khairan Kathira.

Sekian, terima kasih.

Saya yang benar,

( PUAN SUHAILA BT ABDUL MANAP )

Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, Kuantan.

Sesi Pembelajaran Murid Tahun 1

By , 14 January, 2011 9:00 am

Untuk melihat banyak gambar sila klik di sini:

Seragam Sekolah

By , 13 January, 2011 5:07 pm
IBU BAPA / PENJAGA
Tahun 1 – 6
Sekolah Rendah Islam
Indera Mahkota, Kuantan.
Tuan / Puan,

SERAGAM SEKOLAH

Didoakan  agar tuan / puan berada dalam kemanisan iman dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

2.         Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa  seragam sekolah telah ada dijual di kedai buku sekolah. Berikut adalah senarai harga:

Saiz

Perkara

S

RM

M

RM

L

RM

XL

RM

Kemeja 15.00 17.00 19.00 21.00
Seluar 24.00 25.00 26.00 27.00
Baju Kurung 15.00 17.00 19.00 21.00
Kain 13.00 15.00 17.00 19.00
Baju Melayu 22.00 24.00 26.00 28.00
Sampin 10.00 12.00 13.00
Tudung 13.00 14.00 15.00

3.         Semoga makluman ini mendapat perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih

Panorama Theme by Themocracy