Slide Memori Prasekolah 2010.

By , 30 November, 2010 5:22 pm

Pelaporan PKSR 4/2010

By , 10 November, 2010 4:31 pm

IBU BAPA / PENJAGA
Tahun 1 – 6,
Sekolah Rendah Islam
Indera Mahkota, Kuantan.

Tuan / Puan,

HARI TAUTAN KASIH (PELAPORAN PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH (PKSR 4/2010)

Didoakan agar tuan / puan berada dalam kemanisan iman dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

2. Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke sekolah untuk menandatangani Pelaporan PKSR 4/2010 dan berbincang mengenai prestasi anak tuan/puan di sekolah ini seperti ketetapan berikut:

Tarikh : 12 November ( Jumaat )

Masa : 10.30 Pagi

Tempat ; Bilik Kelas

3. Ibu Bapa / Penjaga dibenarkan membawa membawa pulang anak masing-masing apabila selesai menandatangani laporan anak tuan/puan.

4. Keputusan PKSR juga boleh didapati di laman web rasmi sekolah (www.sri-inderamahkota.edu.my).

5. Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga makluman ini mendapat perhatian dan kerjasama dari pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih

Disahkan oleh,

(HJ.ASAARI B. YATIM AMP, PKC, PKT)
Guru Besar,
Sek. Ren. Islam Indera Mahkota,
Kuantan Pahang.

JEMPUTAN KE MAJLIS IKHTIFAL DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH KALI KE-16

By , 4 November, 2010 11:53 am

IBU BAPA / PENJAGA

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota,

Kuantan, Pahang.

Assalammualaikum wrm.wbt.

JEMPUTAN KE MAJLIS  IKHTIFAL DAN ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN SAHSIAH KALI KE-16 SEKOLAH RENDAH ISLAM INDERA MAHKOTA KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

Didoakan semoga tuan/puan serta keluarga berada di dalam hidayah Allah s.w.t. sihat dan sejahtera.

2.         Sukacita dimaklumkan, Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota Kuantan akan mengadakan Majlis  Ikhtifal Dan Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Sahsiah Kali Ke-16 pada tarikh,masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh             :  13 November 2010 / 7 Zulhijjah 1431 H

Hari / Masa    :  Sabtu / 8.00 pagi – 1.00 tengah hari ( seperti lampiran )

Tempat            :  Dewan Bakawali Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Malaysia, Kuantan Pahang

3.         Sehubungan itu, tuan/puan dan keluarga dijemput hadir pada majlis tersebut. Bersama ini disertakan lampiran borang jawapan kehadiran. Pihak sekolah amat berbesar hati kiranya tuan/puan dapat memberi sumbangan dalam bentuk hamper bagi tujuan cabutan bertuah di majlis tersebut   serta dapat mengembalikan lampiran jawapan kepada Setiausaha Majlis Ihtifal                         ( u.p. Puan Nurul Syafiqah Bt. Mohd. Johari ) pada atau sebelum 8hb November 2010.

4.         Sokongan dan kerjasama daripada tuan/puan didahului dengan ucapan Jazaka Allah Khairan Kathira.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

HJ. ASAARI BI YATIM AMP, PKC, PKT

Guru besar,

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota, Kuantan.

Panorama Theme by Themocracy