Pelaporan Peperiksaan Akhir Tahun PraSekolah 2010

By , 27 October, 2010 10:46 am

IBU BAPA / PENJAGA

PraSekolah

Sekolah Rendah Islam

Indera Mahkota, Kuantan.

Tuan / Puan,

HARI TAUTAN KASIH (PELAPORAN PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN PRASEKOLAH 2010)

Didoakan  agar tuan / puan berada dalam kemanisan iman dan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.

2.         Berhubung perkara di atas, dimaklumkan bahawa tuan/puan dijemput hadir ke sekolah untuk menandatangani Pelaporan Peperiksaan Akhir Tahun 2010  dan berbincang mengenai prestasi anak tuan/puan di sekolah ini seperti ketetapan berikut:

Tarikh             :           29 Oktober 2010  ( Jumaat )

Masa               :           10.00  Pagi

Tempat           ;           Bilik Kelas

3.         Ibu Bapa / Penjaga dibenarkan membawa membawa pulang anak masing-masing apabila selesai menandatangani laporan anak tuan/puan.

4.         Kerjasama daripada tuan/puan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Semoga makluman ini mendapat perhatian dan kerjasama  dari pihak tuan/puan.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,

(HJ.ASAARI B. YATIM AMP, PKC, PKT)

Guru Besar,

Sek. Ren. Islam Indera Mahkota,

Kuantan Pahang.

Panorama Theme by Themocracy