Majlis Solat Hajat

By , 20 July, 2010 4:35 pm

Sukacita dimaklumkan, Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota Kuantan akan mengadakan Majlis Solat Hajat sempena Percubaan SPRA dan UPSR. Majlis tersebut akan di adakan pada tarikh,hari,masa dan tempat seperti berikut:

Tempat : Dewan Tautan Kasih Sekolah Rendah
Islam Indera Mahkota Kuantan
Tarikh : 22hb Julai 2010
Hari : Khamis
Masa : 7.15 malam – Kehadiran Tetamu Dan
Murid-murid
7.24 malam – Solat Maghrib berjemaah
– Solat Hajat
– Bacaan Yassin
– Tazkirah
- Solat Isyak
- Jamuan Makan
- Bersurai

Tahun 5 “Melaka Mendapat Nama” (Boys Group)

By , 13 July, 2010 2:23 pm

Murid-murid tahun 5 Cemerlang telah melakonkan peristiwa bagaimana Melaka mendapat nama. Bertujuan bagi mendedahkan kepada murid-murid tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka dalam Mata Pelajaran  Kajian Tempatan unit 3 tahun 5.

Persembahan Murid Tahun 5 “Melaka Mendapat Nama” (Girls Group)

By , 13 July, 2010 1:48 pm

Murid-murid tahun 5 Cemerlang telah melakonkan peristiwa bagaimana Melaka mendapat nama. Bertujuan bagi mendedahkan kepada murid-murid tentang sejarah Kesultanan Melayu Melaka dalam Mata Pelajaran  Kajian Tempatan unit 3 tahun 5.

Hari Gotong-Royong

By , 12 July, 2010 2:42 pm

Kepada:

Semua

IBU BAPA/ PENJAGA

Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota

Kuantan, Pahang

Didoakan semoga tuan serta keluarga berada di dalam hidayah Allah S.W.T. sihat dan sejahtera.

2.                    Sukacita dimaklumkan, pihak sekolah akan mengadakan hari gotong-royong  seperti maklumat berikut:-

                        Tarikh                                  :                       17 Julai 2010(Sabtu)

                        Masa                                    :                       8.00 pagi hingga 11.00 pagi

                        Tempat                               :                       Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota

 

3.                    Pihak sekolah menjemput ibu bapa/penjaga yang mempunyai kelapangan masa untuk bersama-sama dalam hari gotong-royong  ber tujuan untuk meningkatkan keceriaan sekolah dan tahap kebersihan bagi murid-murid dan guru-guru.

4.                    Sehubungan itu, diharapkan ibu bapa /penjaga dapat membawa peralatan yang bersesuaian dan sekiranya tuan/puan ingin memberikan sumbangan peralatan dan kewangan untuk keceriaan sekolah dan bilik darjah amatlah dialu-alukan.

5.                   Di atas segala perhatian dan kerjasama yang diberikan diucapkan berbanyak terima kasih.

Sekian,wassalam.

Kem Pasti “A” UPSR

By , 6 July, 2010 1:01 pm

Kem Pasti “A” UPSR telah diadakan pada:

Tarikh : 3 hingga 4 Julai 2010

Tempat : Kompleks Dagangan Indera Mahkota

Panorama Theme by Themocracy