Alhamdulillah, dengan rahmatnya dapat lagi kita bertemu dengan bulan yang mulia, bulan Ramadan al mubarak. Dalam kesempatan ini kami mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan al mubarak 1443h dan selamat menjalani ibadah puasa, semoga ramadan kali ini menjadi ramadan yang terbaik dari sebelum ini.InshaAllah.
Alhamdulillah, pada hari Selasa 22 Mac 2022 Sekolah Rendah Islam indera mahkota,Kuantan telah menerima kehadiran En.Hamdan@Mohd Zain Bin Ali (Penolong Pegawai Pendidikan Daerah) Pendidikan swasta, Pejabat Pendidiakan Daerah Kuantan(PPD.KUANTAN). Lawatan ini bertujuan untuk melihat pembukaan sesi persekolahan yang baru dan juga Sop disekolah. Ucapan Terima kasih Daripada pihak sekolah diatas lawatan yang telah diadakan.
Alhamdulillah, bersyukur kehadrat illahi dengan limpah rahmatnya dapat menerus rutin harian pagi jumaat iaitu bacaan yassin bagi semua murid tahun 1 hingga 6 serta solat sunat hajat,solat sunat dhuha dan usrah murid bagi murid tahap 2. Semoga pagi yang dimulai dengan kalimah Allah membawa berkat kepada semua . Untuk makluman juga bacaan dan solat diketuai oleh barisan murid-murid Sriim bagi memupuk iltizam dan semangat kepimpinan dikalangan murid-murid.inshaAllah
Alhamdulillah, pada isnin 21 mac 2022 merupakan hari pertama persekolahan bagi penggal 1 sesi 2022/2023 .murid hadir penuh ceria ,guru sambut penuh bahagia. Turut sama menyambut kehadiran murid-murid terdiri dari barisan pentadbiran dan barisan guru Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota . semoga sesi persekolahan kali ini dapat berjalan dengan baik .inshaAllah
Alhamdulillah, sesi pendaftaran murid bagi sesi 2022/2023 bagi murid prasekolah, tahun 1 sehingga tahun 6 yang berjalan selama tiga hari bermula selasa sehingga khamis. Ribuan terima kasih kepada seluruh ibubapa yang hadir .