Category: Unit Kurikulum

Majlis Perasmian Penutupan Program Transisi Tahun 1 dan Pra sekolah 2022.

By , 23 May, 2022 11:29 pm

Majlis Perasmian Penutupan Program Transisi Tahun 1 dan Pra sekolah 2022.

  • Tarikh : 15 April 2022
  • Hari : Jumaat
  • Masa : 9.00 pagi
  • Tempat : Teduhan Ilmu

Dengan berakhirnya Majlis Perasmian Penutupan Program Transisi Tahun 1 dan Prasekolah ini, maka bermulah dunia realiti pembelajaran anak-anak tahun 1 dan prasekolah di Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan Hafazan Surah² Lazim dan persembahan Bercerita daripada murid kelas 1 Ibnu Sina dan 1 Ibnu Rusyd.Alhamdulillah, program transisi yang berlangsung selama 4 minggu ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Semoga dua fasa program transisi yang telah berlangsung ini memberikan penyesuaian dan penyediaan yang baik untuk murid lebih bersedia untuk langkah yang seterusnya.Semoga terus cemerlang dunia dan akhirat.

#PTTS #prasekolahSRIIM #keArahKecemerlanganDuniaDanUkhrawi #UnitKurikulum #BerbaktuUntukKecemerlangan+13


RAMADAN AL MUBARAK

By , 23 May, 2022 7:36 pm

Alhamdulillah, dengan rahmatnya dapat lagi kita bertemu dengan bulan yang mulia, bulan Ramadan al mubarak. Dalam kesempatan ini kami mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan al mubarak 1443h dan selamat menjalani ibadah puasa, semoga ramadan kali ini menjadi ramadan yang terbaik dari sebelum ini.InshaAllah.

#ramadan2022/1443h #RamadanKareem #didikasuhsayang#SRIIM 2022

HARI PENDAFTARAN MURID SRIIM BAGI SESI 2022/2023

By , 23 May, 2022 5:47 pm

Alhamdulillah, sesi pendaftaran murid bagi sesi 2022/2023 bagi murid prasekolah, tahun 1 sehingga tahun 6 yang berjalan selama tiga hari bermula selasa sehingga khamis. Ribuan terima kasih kepada seluruh ibubapa yang hadir .

#SRIIM 2022/2023 #didikasuhsayang #staysafe

Salam Lebaran 2021

By , 12 May, 2021 8:00 pm

Tersusun rapi sepuluh jari,
Bunga melur si bunga melati;
Ucapan dihantar pengganti diri,
Mohon maaf setulus hati.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin.
Ikhlas daripada: Unit Kurikulum SRIIM 2021

Ramadhan barakah pasti dirindui,
Moga amalan diterima Ilahi;
Syawal menjelma sama dirai,
Dengan ucapan “Selamat Hari Raya Aidilfitri.”

Semoga Allah menerima amal kita semua,Semoga sepanjang tahun kita berada dalam kebaikan.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN
Daripada: Unit Hal Ehwal Murid SRIIM 2021

Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyala di tepi perigi;
Ucapan dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di Aidilfitri Ramadhan bakal pergi meninggalkan kita.
Namun lambaian Syawal pula menanti di sana.

Dengan luhur hati ikhlas kemaafan, semoga silap dan salah mohon di ampuni. Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin.
Daripada: Unit Kokurikulum SRIIM 2021

Panorama Theme by Themocracy