Category: Berita

Majlis Hari Guru dan Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah .

By , 24 May, 2022 1:25 am

Pada 20 Mei 2022, Jumaat : Sekitar Majlis & bersempena Sambutan Jamuan Hari Raya Peringkat Sekolah seiring Sambutan Hari Guru yang diadakan telah diadakan .Tahniah buat semua guru-guru SRIIM atas penganjuran program gabungan yang sangat meriah ini. Bertemakan “Satu hari dihari Raya”, guru-guru dan murid-murid menggayakan pakaian hari raya yang sangat cantik menggambarkan suasana hari raya di desa. Terima kasih semua AJK program sekolah yang bertungkus lumus memastikan majlis berjalan lancar dengan kemeriahan luar biasa setelah 2 tahun tidak dapat menyambutnya. Terima kasih juga kepada ibu bapa/ penjaga serta anak-anak SRIIM yang menyokong, memberi galakan, hadiah , doa serta juga membantu anak – anak SRIIM dalam meraikan Sambutan Hari Raya & Hari Guru di peringkat Sekolah.Selaras dengan tema hari guru 2022, diharapkan SRIIM terus cemerlang menjadi TUNJANG kepada kemenjadian murid dan sentiasa menjadi sekolah yang terus diingati oleh murid-murid. Terima Kasih Cikgu!!!Kami Warga SRIIM Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin dan Selamat Hari Guru kepada semua Warga Pendidik SRIIM dan Seluruh Malaysia.

Majlis Perasmian Nilam Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota

By , 24 May, 2022 12:36 am

Rabu, 18 Mei 2022 telah berlangsung Majlis Perasmian Nilam Sekolah Indera Mahkota. Program ini diadakan bagi mengingatkan murid tentang nadi ilmu amalan membaca dan menerapkan sikap rajin membaca dalam diri pelajar. Semua pelajar tahap dua terlibat dengan perasmian ini.Diharap pelajar dapat bersaing secara sihat untuk menjayakan program NILAM ini. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dengan Majlis Perasmian NILAM ini.

#unitHEMSRIIM #Nilam2022

Perhimpunan Bulanan Kokurikulum bil 1/2022

By , 24 May, 2022 12:31 am

Selasa : 17 Mei 2022 – Perhimpunan Bulanan Kokurikulum bil 1/2022: Dikendalikan oleh PPIM Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota,Kuantan Pahang.Program perhimpuanan bulanan Kokurikulum ini diadakan pada hari pertama minggu ke 3 di setiap bulan. Perhimpunan dimulakan dengan Murid bersedia dalam unit masing-masing dan bergerak masuk ke teduhan ilmu mengikut unit Kokurikulum masing-masing. Guru Besar menerima tabik hormat diketuai oleh ketua PPIM memberi arahan kawad hormat dan melapor kepada Guru Besar dengan pasukan Siap sedia untuk perhimpunan. Perhimpuanan diteruskan dengan Bacaan doa, Nyanyian Lagu Negaraku & lagu PPIM.Acara penyampaian hadiah/sijil (tadarus al quran peringkat negeri pahang).Perhimpunan ditutup dengan Ketua PPIM melapor kepada Guru Besar untuk Mohon Menjalankan tugas-tugas lain serta perhimpuanan bersurai.

#perhimpunanKokurikulum #UnitKokurikulumSriim #UnitPPIM

Program Latihan Merentas Desa peringkat Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota

By , 24 May, 2022 12:26 am

Pada 13 Mei 2022 bersamaan hari Jumaat , telah diadakan Program Latihan Merentas Desa peringkat Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota program ini bermula pada jam 9 pagi di kawasan taman perumahan Indera Mahkota 1 ,program ini melibatkan semua murid dari tahun 1 sehingga tahun 6, mengikut tahap kecuali murid-murid yang mendapat pengecualian.Diharap program latihan ini dapat memberi impak positif kepada murid untuk persiapan pada hari kejohanan nanti. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.

#Didikasuhsayang #UnitKokurikulumSRIIM #JawatankuasaSukan&Permainan #Merentasdesa2022

Perjumpaan mingguan Kokurikulum SRIIM Kelab Dan Persatuan.

By , 24 May, 2022 12:22 am

Rabu – 11 Mei 2022, 4.00 petang hingga 5.00 petang diadakan perjumpaan mingguan kokurikulum SRIIM Kelab Dan Persatuan. SRIIM telah menubuhkan Kelab Dan Persatuan iaitu Kelab Bahasa, Kelab STEM, Kelab Kesenian Islam, Kelab Robotik Dan Kelab Doktor Muda. Aktiviti minggu ini adalah perlantikan ahli jawatankuasa. Alhamdulillah kehadiran menggalakkan dan ahli-ahli bersemangat. Terima kasih guru penasihat serta Ibu bapa/ penjaga yang sentiasa menyokong usaha pihak sekolah dalam mengembangkan bakat dan potensi diri anak-anak. Semoga anak-anak SRIIM maju jaya.

Panorama Theme by Themocracy