Category: Aktiviti

Majlis penyampaian sijil kejohanan Akuatik Sirkit 2 MSSP dan Kejohanan merentas desa MSSD 2019

By , 10 May, 2019 12:15 pm

04hb Mac 2019– Majlis penyampaian sijil kejohanan Akuatik Sirkit 2 MSSP dan Kejohanan merentas desa MSSD 2019. 2 orang wakil akuatik SRIIM yang terlibat iaitu Syed Ahmad dan Syed Hud manakala merentas desa diwakili 8 orang wakil. Terima kasih ibu bapa/ penjaga serta guru penasihat, ustaz Nazrul Izwan (akuatik) dan ustaz Huzaifah Fitri (merentas desa) atas kerjasama, sokongan dan dorongan dalam usaha membina bakat murid SRIIM. Tahniah!

>>Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

LADAP e-RPH

By , 10 May, 2019 11:47 am

1hb Mac 2019– LADAP e-RPH kepada guru-guru SRIIM dijalankan jam 3.00 petang bertempat di Open University Malaysia (OUM) cawangan kuantan. Taklimat disampaikan oleh cikgu Nasharulnizam bin Abd Rahman, jurulatih e-RPH daerah kuantan dari sekolah kebangsaan pengkalan tentera. Terima kasih diucapkan atas perkongsian ilmu tadi. Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada OUM kerana berkongsi maklumat berkaitan pendidikan untuk guru-guru SRIIM serta menaja tempat kursus yang sangat selesa.

>>Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Kejohanan Catur Sirkit 1 MSSP

By , 10 May, 2019 10:23 am

26hb hingga 28hb Februari 2019– Kejohanan Catur Sirkit 1 MSSP peringkat negeri Pahang berlangsung di Universiti Malaysia Pahang, cawangan Pekan. Alhamdulillah seorang wakil SRIIM, Muhammad Hanif Afiq Bin Shaiful Husaine Ahmad berjaya meraih tempat ke 26 daripada 190 orang peserta catur lelaki bawah 12 tahun. Tahniah diucapkan. Teruskan usaha. Terima Kasih Kepada ibu bapa kerana memberi kerjasama dalam membina bakat dan potensi murid.

>>Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Kejohanan Akuatik Sirkit 2 MSSD

By , 10 May, 2019 10:17 am

25hb hingga 27hb Februari 2019– Kejohanan Akuatik Sirkit 2 MSSD Kuantan berlangsung selama 3 hari di kompleks akuatik indera mahkota. Alhamdulillah SRIIM berpeluang menghantar 2 orang peserta iaitu Syed Hud dan Syed Ahmad dalam kejohanan kali ini. Antara acara yang disertai Syed Hud ialah 100m, 50m kuak dada dan 50m gaya bebas. Manakala Syed Ahmad menyertai acara 50m kuak dada. Tahniah dan Syabas diucapkan. Terima kasih kepada ibu bapa dan guru pengiring, ustaz Nazrul Izwan yang membantu sepanjang kejohanan berlangsung.

>>Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Majlis penyampaian sijil dan pingat kepada peserta catur

By , 10 May, 2019 10:00 am

25hb Februari 2019– Majlis penyampaian sijil dan pingat kepada peserta catur yang mewakili sekolah di peringkat zon perdana. Seramai 12 orang peserta terpilih dan 6 orang layak ke peringkat Daerah. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua yang terlibat. Terima Kasih juga kepada ibu bapa/ penjaga dan ustaz Syafiq Nazri atas usaha ini. Semoga terus cemerlang.

#didikasuhsayang

>>Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

Panorama Theme by Themocracy