Category: Unit Pusat Sumber

Majlis Perasmian Nilam Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota

By , 24 May, 2022 12:36 am

Rabu, 18 Mei 2022 telah berlangsung Majlis Perasmian Nilam Sekolah Indera Mahkota. Program ini diadakan bagi mengingatkan murid tentang nadi ilmu amalan membaca dan menerapkan sikap rajin membaca dalam diri pelajar. Semua pelajar tahap dua terlibat dengan perasmian ini.Diharap pelajar dapat bersaing secara sihat untuk menjayakan program NILAM ini. Terima kasih kepada semua yang telah terlibat dengan Majlis Perasmian NILAM ini.

#unitHEMSRIIM #Nilam2022

Program Quran Hour peringkat Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota

By , 24 May, 2022 12:09 am

Pada 26 April 2022/24 bersamaan Ramadhan 1443H. Satu Program Quran Hour peringkat Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota telah berlangsung pada jam 8 pagi di Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota mengikut kumpulan tadarus masing-masing yang berlaku secara serentak dengan alunan bacaan Surah As – Sajadah yang diketuai oleh adik Uwais Al-Qarni pelajar Tahun 6 SRIIM.Program Quran Hour peringkat Sekolah ini juga melibatkan dengan kerjasama Pihak Pengurusan Perpustakaan Desa Indera Mahkota.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung Dan tidak langsung. Semoga Ramadan Kali ini membawa keberkatan kepada kita Semua terutamanya anak2 duduk SRIIM. #Didikasuhsayang #UnitHEMSRIIM #JawatankuasaPanatiaPendidikanIslam #JawatankuasaPusatSumberSekolah #IhyaRamadhan #TadarusAlquran2022+9

2424

PROGRAM JOM MEMBACA 10 MINIT

By , 23 May, 2022 11:55 pm

Alhamdulillah, berikut adalah gambar sekitar perjalanan dalam program jom baca bersama 10 minit pada 21 april 2022 jam 11.00 hingga 11.10 pagi . Syabas dan tahniah kepada semua murid-murid dari pra sekolah hingga tahun 6 yang sama-sama terilbat didalam program ini. Turut terlibat sama adalah warga perpustakaan desa indera mahkota kuantan.”BANGKIT,BACA & BERSYUKUR”

#didikasuhsayang #SRIIM membaca2022 #PahangMembaca

RAMADAN AL MUBARAK

By , 23 May, 2022 7:36 pm

Alhamdulillah, dengan rahmatnya dapat lagi kita bertemu dengan bulan yang mulia, bulan Ramadan al mubarak. Dalam kesempatan ini kami mengucapkan selamat menyambut bulan ramadan al mubarak 1443h dan selamat menjalani ibadah puasa, semoga ramadan kali ini menjadi ramadan yang terbaik dari sebelum ini.InshaAllah.

#ramadan2022/1443h #RamadanKareem #didikasuhsayang#SRIIM 2022

Panorama Theme by Themocracy