Category: Unit Kokurikulum

Program Quran Hour peringkat Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota

By , 24 May, 2022 12:09 am

Pada 26 April 2022/24 bersamaan Ramadhan 1443H. Satu Program Quran Hour peringkat Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota telah berlangsung pada jam 8 pagi di Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota mengikut kumpulan tadarus masing-masing yang berlaku secara serentak dengan alunan bacaan Surah As – Sajadah yang diketuai oleh adik Uwais Al-Qarni pelajar Tahun 6 SRIIM.Program Quran Hour peringkat Sekolah ini juga melibatkan dengan kerjasama Pihak Pengurusan Perpustakaan Desa Indera Mahkota.Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung Dan tidak langsung. Semoga Ramadan Kali ini membawa keberkatan kepada kita Semua terutamanya anak2 duduk SRIIM. #Didikasuhsayang #UnitHEMSRIIM #JawatankuasaPanatiaPendidikanIslam #JawatankuasaPusatSumberSekolah #IhyaRamadhan #TadarusAlquran2022+9

2424

Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat sekolah.

By , 24 May, 2022 12:02 am

Pada 22 April 2022/20, Ramadhan 1443H Sekolah Rendah Islam Indera Mahkota telah mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran peringkat sekolah. Majlis di mulakan dengan bacaan Yasin dan doa, solat hajat, solat dhuha, solat tasbih dan diikuti dengan ceramah bersempena Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh Ustaz Zulmukhsah. Pertandingan mewarna & kuiz melibatkan murid-murid tahap 1 dan penglibatan murid-murid tahap 2 dengan kuiz spontan bersempena sambutan Nuzul Al-Quran. Semoga anak-anak SRIIM mendapat manfaat dan pengajaran yang berguna daripada setiap pengisian aktiviti yang dianjurkan.

#Didikasuhsayang #UnitKokurikulumSRIIM #JawatankuasaProgramSekolah#IhyaRamadhan #NuzulAlquran2022

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Pahang Anjuran Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

By , 23 May, 2022 11:50 pm

Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Negeri Pahang. Tahniah kepada 10 orang ahli Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM) SRIIM kerana berpeluang menyertai majlis ini secara dalam talian. Terima kasih guru-guru penasihat PPIM SRIIM atas usaha murni ini.

#TadarusAlQuranPPIMSRIIM #unitkokurikulumsriim #menyerlahpotensi

Program Ihya’ Ramadan 1443H/ 2022M (Aktiviti Tadarus Al-Quran)

By , 23 May, 2022 11:20 pm

Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Program Ihya’ Ramadan 1443H/ 2022M iaitu aktiviti tadarus Al-Quran telah diadakan sepanjang bulan Ramadan bermula pada 04 April 2022 hingga 29 April 2022. Aktiviti tadarus ini telah dibahagikan kepada 8 kumpulan tahap 2 dan kumpulan tahap 1 mengikut kelas masing-masing. Setiap kumpulan dibimbing oleh Guru-guru Al-Quran SRIIM. Aktiviti diadakan dari jam 08.00 pagi sehingga 8.30 pagi diikuti dengan aktiviti 1 Hari 1 Hadis pada jam 10.30 pagi hingga 11.00 pagi. Terima kasih guru-guru SRIIM atas usaha murni ini. Semoga kita semua mendapat ganjaran pahala berlipat ganda. Amin…

#ihyaramadanSRIIM #jawatankuasaprogramsekolah #unitkokurikulumsriim

Program Ihya’ Ramadan 1443H/ 2022M Peringkat Sekolah

By , 23 May, 2022 7:38 pm

Pemakluman Program Ihya’ Ramadan 1443H/ 2022M Peringkat Sekolah. Sesungguhnya bulan Ramadan merupakan bulan yang sentiasa dinantikan kerana ia dipenuhi dengan keberkatan dan kerahmatan. Umat Islam seharusnya menerima kehadiran Ramadan dengan penuh kegembiraan dan berusaha merebut segala ganjaran yang dijanjikan kepada hamba-Nya yang berpuasa dan melakukan amalan soleh. Ibadah puasa yang telah difardhukan ini mengandungi pelbagai rahsia dan hikmah yang perlu diketahui agar kita berupaya menghayati dan melaksanakannya dengan penuh keikhlasan. SRIIM turut mengambil peluang emas ini dengan melancarkan program-program yang bermanfaat untuk seluruh warga SRIIM.

OBJEKTIF PROGRAM :

  1. Menghayati tujuan berpuasa sebagai salah satu Rukun Islam.
  2. Mengamalkan tingkah laku yang baik berpandukan al Quran.
  3. Menyemaikan semangat suka bersedekah dan memberi bantuan kepada yang memerlukan.
  4. Bersyukur atas rezki yang dikurniakan oleh Allah SWT.
  5. Menghayati roh Ramadan Al Mubarak sebagai pemangkin kejayaan umah.
  6. Menjadikan amalan membaca al Quran sebagai satu budaya.

SELAMAT MENYAMBUT IBADAH RAMADAN #jawatankuasaprogramsekolah #unitkokurikulumsriim

Panorama Theme by Themocracy