Sirkit 1 Akuatik MSSD Kuantan

By , 29 January, 2019 3:00 pm

29hb Januari 2019- Sirkit 1 Akuatik MSSD Kuantan diadakan di Kompleks Akuatik MPK Indera Mahkota. SRIIM menghantar 3 orang wakil dalam kejohanan peringkat daerah ini iaitu adik Syed Hud, Ammar Zikri dan Ammar Zakwan. Alhamdulillah Syed Hud dapat tempat ke 3 bagi kategori bawah 12 tahun gaya bebas. Tahniah dan syabas diucapkan. Terima kasih kepada ibu bapa yang turut sama membantu dan memberi sokongan dalam membina bakat anak-anak. Semoga maju jaya.

Majlis Muafakat UPSR 2019

By , 28 January, 2019 12:44 pm

Jumaat 25hb Januari 2018- Majlis Muafakat UPSR 2019 berlangsung pada hari ini dengan dihadiri ibu bapa/penjaga calon-calon UPSR 2019. Antara aktiviti yang dijalankan ialah taklimat program UPSR sepanjang tahun, Taklimat Kokurikulum, sesi soal jawab dan AKU JANJI calon UPSR 2019. Semoga usaha ini dapat diteruskan, mendapat kerjasama semua pihak serta meningkatkan tahap pencapaian murid.

#muafakatupsr
#membawaberkat
#usahasamaibubapagurusriim

 >> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

IMG_9261

IMG_9276

Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Kuantan MSSD

By , 28 January, 2019 12:15 pm

22hb Januari 2019- Kejohanan Merentas Desa Peringkat Daerah Kuantan MSSD berlangsung di pantai Kempadang. Seramai 8 orang peserta yang mewakili SRIIM dalam kejohanan kali ini. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua wakil yang terpilih. Semoga terus maju jaya.

 >> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.

1 3

Program mentor mentee murid tahun 6

By , 24 January, 2019 9:01 am

Isnin 21 Januari 2019 – Telah diadakan Program mentor mentee murid tahun 6 bersama guru-guru pilihan mereka sendiri. Program ini merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan Negara. Melalui program ini, murid diharapkan dapat mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat-menghormati antara mentor dan mentee dan juga dapat mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain, selain dari dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

#didikasuhsayang #UPSR2019

 >> Klik untuk melihat lebih banyak gambar.
50292171_2226445100712264_6552671594500587520_n 50448747_2226447664045341_4248476452569219072_n

Majlis Watikah Pelantikan Pengawas 2019

By , 23 January, 2019 3:38 pm

Isnin 21 Januari 2019 – Telah diadakan Majlis Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah SRIIM sesi 2019.

Majlis ini diadakan sebagai tanda bermulanya pengawas sekolah sesi 2019 menjalankan tugas secara rasmi. Majlis ini juga dilihat mampu memberi sokongan dan semangat kepada pengawas dalam menjalankan amanah yang ditugaskan oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab dalam menguatkuasakan peraturan sekolah.
Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar Ust Khosenulhan Bin Ab Rahman. Sesi penyerahan watikah pelantikan pengawas telah disampaikan oleh Guru Besar diiringi oleh Guru Penolong Kanan HEM. Selesai upacara penyerahan watikah, bacaan ikrar telah diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah baharu iaitu Muhammad Adib Qusyairi bin Mohd Zamri.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru-guru dan para pelajar yang terlibat kerana usaha gigih mereka dalam menjayakan majlis ini. Harapan kami agar barisan pengawas sesi 2019 mampu melaksanakan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.
#didikasuhsayang

Panorama Theme by Themocracy